Tuesday 8 March 2011

                           TAJUK: TOKOH  ISLAM , USTAZ  RIZUAN  

Disediakan oleh:
Nor Farihah Bt Mohd Fauzi
No  Matrik:2010601774
Kumpulan: BMB2Bc

Disediakan untuk:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
(Pensyarah  CTU  551)

Program:
Ijazah  Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
(kepujian) Pengurusan Sumber Manusia(BM 223 )

TARIKH SERAH: 7 MAC 2011

TARIKH BENTANG: 8 MAC 2011








      ISI KANDUNGAN

1-Tajuk
2-Isi kandungan
3-Abstrak
4-Pengenalan
5-Pendidikan Awal
6- Pengalaman Mengajar
7-Aktiviti Luar
8-Masalah
9-Sumbangan
10-komen
11- Idola
12-Harapan
13-Penutup
14-Rujukan


*  ABSTRAK

Seseorang  tokoh  boleh diketegorikan sebagai golongan intelektual . Menurut  Syed Hussein Al-Attas  dalam bukunya “Intelektual  Masyrakat Membangun” , golongan intelektual merupakan  kumpulan kecil  dalam sesebuah masyrakat. Ini  bermakna tidak semua anggota masyarakat mampu mencapai  taraf golongan  intelektual .Lantaran  itulah , golongan intelektual  akan  menjadi sama ada  pendukung  atau  penentang  kuat  pelbagai gerakan  polotik ,  kebudayaan  atau  keilmuan.

*              PENGENALAN


 Dikenali  sebagai Ribuan @ Rizuan  b. Abdullah. Berumur  42 tahun , lahir pada  tanggal 30 April  1969. Merupakan anak ke- 4    daripada  11 orang adik beradik. Iaitu 5 orang lelaki dan 6 orang  perempuan. Empat  orang daripadanya memilih profesion  perguruan sebagai kerjaya  mereka. Kesemuanya  mengajar dalam bidang agama iaitu di Sabah ,Pahang , Sik Kedah dan beliau  sendiri mengajar di SMK Dato’ Wan Mohammad Saman, Tandop.  Beliau  merupakan anak kelahiran Sik ,Kedah  dan  sekarang menetap  di Kg Alor Ibus  setelah mendirikan rumah tangga bersama Salmiah bt Abdullah. Isteri beliau juga merupakan  seorang  guru agama  , mengajar di  SMK Sri Pantai ,Kuala Kedah. Beliau  di anugerahi  5 orang cahaya mata iaitu 2 orang lelaki 
dan 3 perempuan.


*                  PENDIDIKAN  AWAL
            
PANDANGAN TOKOH DUNIA TENTENG PENDIDIKAN
Ø     PLATO -  Pendidikan boleh  memberikan keindahan dan kesempurnaan  kepada jasmani dan rohani  seseorang.
IBN  KHALDUN-  Pendidikan  bertujuan menyediakan  dan membangunkan manusia  kearah kehidupan yang  baik dan sederhana.


Mendapat pendidikan awal di  Sekolah Rendah Kebangsaan Jeneri,  dari tahun 1 sehingga tahun 6. Meneruskan  pengajian dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di SMK  Agama Jeneri. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian ke tingkatan 6  di Sekolah Agama Masriah Bukit Mertajam untuk mengambil   Sijil Tinggi Agama (STA)  , setelah mendapat  pangkat 2 dalam SPM  dan memperoleh  keputusan  “Baik” dalam STA  dari purata gred keseluruhan  iaitu “lulus , baik, dan cemerlang”, dalam bahasa arabnya “makbur, jaiyid dan jiddan”. Pelajar  perlu  memperoleh sekurang-kurangnya 95% dari gred keseluruhan  untuk melayakkan diri  melanjutkan pelajaran di Universiti Al –Azhar ,Mesir.
Seterusnya  , beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar ,Mesir dalam bidang Usuluddin. Dia  sana pelajar dikehendaki mengambil  sekurang-kurangnya 11  subjek  yang telah ditetapkan  sebagai syarat minimum.
Beliau  melanjutkan pelajaran di Mesir  selama 4 tahun iaitu  dari tahun 1 sehingga tahun 4 yang  memerlukan belanja sebanyak RM12,000 .
Untuk melengkapkan pengajiannya di tahun ke -4 , pada tahun 2001 beliau  pulang ke tanah air dan meneruskan  pengajian  di Insaniah,Mergong juga dalam bidang yang sama iaitu Usuluddin.
Selepas itu, beliau mengambil Diploma Pendidikan  di Institut  Perguruan Darul Aman (IPDA) dan mengajar  di sekolah  kebangsaan  Darul Aman  pada tahun  2003- 2005 sebagai kursus  dalam cuti. Pertengahan  Julai  2003 beliau kembali  IPDA.  Pada waktu itu , kerajaan  sedang melaksanakan  pakej  SAR iaitu penyerapan guru-guru  agama untuk  menjadi guru kerajaan dan beliau adalah salah seorang daripadanya.


*              PENGALAMAN MENGAJAR

Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 13 tahun sebagai guru agama. Sekarang beliau  sedang   berkhidmat di SMK Dato’ Wan Mohammad Saman dalam  subjek pendidikan Islam. Beliau diberi tanggungjawab  mengajar murid tingkatan  1,2 dan 3.
 Antara  pencapaian yang diperoleh ialah pernah mendapat anugerah pendidikan “Guru Cemerlang” pada tahun 2006 semasa mengajar di SMK Dato’ Wan Mohammad Saman.


*                  AKTIVITI LUAR

Selain mengajar pedidikan formal di sekolah , beliau juga menyalurkan  ilmu yang  dimilikinya di masjid-masjid seperti di Masjid Sollehuddin, Alor Ibus ,Masjid Telok Chengal dan banyak lagi. Beliau  juga memberi ceramah agama di kawasan Rukun Tetangga  Jalan Batu 4 ,Tandop, KEMAS dan juga dijemput untuk memberikan ceramah sempena hari kebesaran agama seperti sambutan “Maulidur Rasul”.


*                  MASALAH

Setiap orang tidak  terlepas  dari menghadapi  cabaran dan masalah dalam menempuh liku-liku hidup. Antara masalah  yang terpaksa beliau hadapi sewaktu belajar  di Mesir  adalah  masalah  kewangan,kejutan budaya serta perubahan musim panas yag berbeza dengan tanah air sendiri iaitu Malaysia. Di sana pelajar tidak dibenarkan sama sekali untuk bekerja sebagai menambah punca kewangan justeru itu , beliau terpaksa bergantung sepenuhnya  kepada wang yang diberi oleh ibu bapa. Bagi beliau masalah  sebegini adalah biasa dan menganggap sebagai dugaan dalam menuntut ilmu.
Masalah  dalam profesion sebagai seorang guru adalah masalah penghayatan oleh pelajar  semasa beliau mengajar agama  dan ilmu hadis.
Selain itu, sebagai seorang ulama pula maslah  pertikaian dan  percanggahan pendapat  dalam menyampaikan ilmu serta hukum  dalam agama Islam terpaksa dihadapi. Bagi  beliau  situasi ini adalah   sebagai cabaran  dalam menyampaikan dakwah kepada orang ramai dan menganggap ia sunnatullah, kerana pada zaman Rasulullah masalah pertikaian  terhadap
dakwah Rasulullah dicetuskan oleh  segelintir kaum dan Rasulullah dapat mengatasinya dengan bijaksana.





*                  SUMBANGAN

Beliau  juga tidak mengabaikan  tanggungjawab sebagai seorang  khalifah  di muka bumi untuk  memperkebangkan  ajaran Islam. Selain mengajar  ilmu agama kepada  warga  penduduk  kampung  di masjid beliau juga  menjadi pengasa kepada  Rakan Muda Masjid.  Tujuan program ini adalah untuk  mendekatkan anak –anak muda ke masjid serta mewujudkan  program  yang boleh menyedarkan  anak muda dari  terjebak ke arah  gejala sosial  yang  negatif dan  tidak berfaedah.  Segala  aktiviti yang dilakukan adalah secara sukarela dan tidak dikenakan sebarang bayaran.


*                  KOMEN MENGENAI KONSEP 1 MALAYSIA

Komen atau pandangan beliau  mengenai konsep 1 Malaysia yang  dilaksanakan oleh Perdana Menteri , Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak,  dari sudut pandangan beliau   konsep ini  adalah baik dan wajar  dilaksanakan. Ia  juga bertepatan  dengan konsep  ummah  yang  dicetuskan oleh Rasulullah iaitu tidak membenarkan penindasan terhadap kaum lain walaupun wujud perbezaan agama  dan budaya .


*                  IDOLA

Idola beliau ialah  Datuk Paduka  Sheikh Badaruddin b. Hj. Ahmad. Merupakan  mufti negeri Kedah Darul Aman. Beliau  pernah menjadi  pelajar  idolanya di Insaniah dan belajar fardhu ain bersama-sama  di Masjid Darul Saadah , Tebengau. Beliau  meminati  Datuk  Paduka Sheikh  Badaruddin  kerana mempunyai sifat-sifat yang boleh dicontohi  dalam bidang agama  seperti  kemantapan  ilmu, ketegasan dalam  menyampaikan  mesej  agama dari segi hukum , pendekatan  untuk menarik   perhatian  orang  yang  mendengar serta mengelak dari berasa jemu.



*                  HARAPAN

Harapan beliau adalah  untuk melanjutkan pelajaran  ke peringkat Master dan  menjadi pensyarah dalam bidang  agama. Beliau juga mempunyai  keinginan  untuk membuka  kelas  agama agar ilmu yang  dimiliki dapat dicurahkan kepada  orang  lain  serta memperoleh manfaat daripadanya.
Beliau juga mempunyai harapan kepada  generasi muda agar  menyelamatkan diri  dari terjebak dalam gejala sosial iaitu  dengan menjaga  solat sebagai kunci utama, mendekatkan diri  dengan  majlis ilmu agama serta memilih rakan yang dapat membina hidup ke arah yang lebih baik.

*              PENUTUP

Kesimpulannya , dari  sudut pandangan saya selepas mewawancara  ustaz Rizuan  dapat dilihat beliau begitu  mementingkan soal pendidikan terutama dari segi  ilmu agama. Selain  itu, beliau mempunyai keperibadian yang boleh  dicontohi  seperti  menghormati orang yang lebih tua daripadanya, tidak suka mengumpat serta berfikiran terbuka dalam berkongsi ilmu  yang dimilikinya.  Beliau  juga melakukan sesuatu perkara ikhlas kerana Allah dan tidak mengharapkan balasan. Seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam surah  al- Muddathir: 1-7 yang  bermaksud  “  hai orang yang berselimut! Bangun dan beri  ingatlah!  Hendaklah  engkau  besarkan Tuhanmu!  Dan bersihkanlah  pakaianmu!  Jauhilah  perbuatan  dosa! Janganlah engkau memberi , lantaran  hendak mendapat  balasan  banyak!  Hendaklah  engkau  sabar  kerana Tuhanmu!’’                             


*                  RUJUKAN
     
Buku:
1-  Federal  (Marshall cavendish education)
2-Ustaz  Abd  Aziz  bin Harjin (pensyarah CTU)
3-Ustaz Rizuan bin Abdullah